Monday, October 21, 2019

Founder laicikang segera CIKA CIKANG


FOUNDER LAICIKANG SEGERA CIKA CIKANG

Syafika Sarwani

Syafika merupakan Usahawan Sosial yang membantu Ibu/bapa tunggal, surirumah,graduan menganggur dalam konsep perniagaannya. Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Ekonomi) di Universiti Teknologi Mara ,Shah Alam.

Mempunyai pengalaman bekerja di institusi perbankan iaitu Maybank sebagai Penasihat kewangan dan Agrobank sebagai Credit Officer di Approval & Disbursement department. Melalui pengalalaman tersebut beliau telah membuka perniagaan sendiri iaitu AURA HZ ENTERPRISE sebagai  usaha membantu golongan yang memerlukan untuk bekerja.



 Misi beliau sebagai Usahawan Sosial supaya dapat membantu ramai ibu/bapa tunggal dapat bekerja dari rumah sambil menjaga anak menjadikan golongan tersebut tidak  dipinggirkan dan berjaya membina empayar sendiri.

Sunday, October 20, 2019

Maksud SOCIAL ENTREPRENEURSHIP

SOCIAL ENTREPRENEURSHIP bermaksud seorang usahawan yang menyelesaikan masalah sosial disamping membuat keuntungan di atas perniagaan tersebut. Usahawan sosial juga membantu ekonomi,persekitaran dan juga dalam kalangan masyarakat.

Produk CIKA CIKANG di bawah AURA HZ ENTERPRISE menggunakan konsep SOCIAL ENTREPRENEURSHIP sebagai asas perniagaannya.
Antara matlamat CIKA CIKANG adalah:

  1. Membantu ibu tunggal 
  2. Suri Rumah
  3. Graduan menganngur
  4. Remaja yang mempunyai masalah sosial seperti kehamilan luar nikah
Kami akan menghantar bahan-bahan kering untung dibungkus kepada golongan tersebut terus kerumah mereka dan membayar gaji bedasarkan jumlah paket yang dapat dilakukan. Oleh itu golongan tersebut tidak perlu keluar rumah dan boleh bekerja dari rumah.Selain itu kami juga menyediakan taklimat asas perniagaan kepada golongan tersebut supaya satu hari nanti,mereka juga akan menjadi usahawan yang berjaya.





LAICIKANG SEGERA CIKA CIKANG

CIKA CIKANG merupakan produk terbaru di pasaran Malaysia dijangka akan meletup tidak lama lagi. CIKA CIKANG merupakan laicikang segera yang telah dipaketkan untuk memudahkan para pelanggan.

Terdapat 10 bahan di dalam CIKA CIKANG yang mempunyai 1001 khasiat.Antara bahan Cika Cikang adalah:

  1. Longan Kering
  2. White Fungus (Kulat Putih)
  3. Kembang Semangkuk
  4. Kismis
  5. Kurma Merah
  6. Kacang Tanah
  7. Selasih
  8. Gula Kundur
  9. Gula Batu
  10. Gula Melaka

Founder laicikang segera CIKA CIKANG

FOUNDER LAICIKANG SEGERA CIKA CIKANG Syafika Sarwani Syafika merupakan Usahawan Sosial yang membantu Ibu/bapa tunggal, surirumah,...

TENTANG KAMI